"Sumpahan Dua Beradik Mitos Di Ban Pecah Tanjung Piandang Menjadi Sesubur Lautan"...

 


Di sepanjang laluan persisiran laut itu boleh kelihatan bongkah batu yang berfungsi sebagai pemecah ombak dan ini membentuk struktur tinggi menghalang air laut melimpah ke kawasan sawah.


Makna Ban itu sendiri ialah struktur tebatan air dibina untuk mengawal air daripada melimpah ke kawasan lebih rendah. Biasanya tanah ditambak dan dimampatkan tinggi tetapi uniknya di lokasi Ban Pecah ini terdiri daripada bongkah batu. Sejarah ini bermula pada tahun 1960 an, kawasan tersebut dahulunya adalah sebuah kawasan penanaman sawah padi yang cukup subur.


Kawasan itu juga merupakan sebuah daratan yang luas. Penduduk sekitar berdekatan seperti bandar baharu dan Daerah Seberang Perai Selatan memang sudah biasa dengan cerita di kawasan itu, bahkan orang-orang tua sering menceritakan perihal ini dari mulut ke mulut. Menurut cerita lisan orang tua-tua, kononya kerana sumpahan seorang anak yatim piatu yang dianiaya maka kawasan sawah padi yang subur, kini bertukar menjadi sebuah lautan.


Berjalan ke Tanjung Piandang Perak Tanah Sawah Padi hidup bersama lautan


Malah kisah ini masih segar diingatan bekas imam kampung tersebut yang dikenali sebagai Masjuri Anang berusia 82 tahun. Dia memberitahu kisah ini memang benar dan bukannya satu mitos. Kawasan ini dahulunya adalah satu daratan sawah padi yang cukup luas anggarannya lebih kurang 400 hektar. Dikhabarkan tanah itu adalah milik penduduk kampung dan dua beradik yang merupakan anak orang berada.


Mereka memiliki dua pertiga tanah sawah di kawasan itu. Namun segala-galanya mula berubah apabila ayah kepada dua beradik itu meninggal dunia. Namun sebelum si ayah meninggal dunia, dia telah mengamanahkan supaya adiknya menjaga kedua-dua anaknya dan juga tanah sawah tersebut.


Apabila kedua-dua beradik itu menganjak dewasa, bapa saudara mereka yang sepatutnya memegang amanah telah mengkhianati mereka. Semua harta termasuk sawah padi tidak diserahkan sebaliknya ianya dibolot oleh bapa saudara mereka. Demi meneruskan kehidupan, kedua-dua anak yatim ini terpaksa bekerja keras demi mencari wang. Kes pembelotan harta ini diketahui oleh penduduk kampung, anak-anak yatim ini mula sedar untuk mencari bapa saudara mereka dan menuntut segala harta peninggalan si ayah. 


Dua beradik dan bapa saudara ini telah bersemuka, tetapi malangnya ianya telah disangkal oleh bapa saudara mereka dan mereka telah dihalau keluar daripada kampung. Walaubagaimanapun, sebelum meninggalkan kampung itu, mereka telah berdoa agar Allah SWT menunjukkan balasan, jika benar harta itu kepunyaan mereka.


Selepas kejadian itu, hari demi hari, ombak mula mengganas serta memecahkan benteng sawah atau ban yang telah dibina. Bermacam-macam cara telah dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam tetapi menemui kegagalan. Usaha mereka semakin sia-sia, kawasan sawah dan kebun kelapa yang mereka banggakan mula bertukar tenggelam menjadi lautan.


Seorang penduduk kampung, Ahmad Mukri 72 tahun meneceritakan ketika itu penduduk kampung sudah buntu untuk menyelamatkan kebun mereka. Alternatif terakhir yang mereka ada ialah menggunakan khidmat pawang. Dia yang ketika itu berusia belasan tahun, menyaksikan penduduk kampung mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. 


Selepas upacar itu selesai, banyak tulang lembu bertaburan di tepi pantai, seorang lagi saksi Hassan Mohamas yang berusia 46 tahun, dia mengakui ketika air surut dia pernah melihat satu objek dipercayai pintu air ban di tengah-tengah lautan. Pintu air itu terletak anggaran dua atau tiga kilometer dari pantai, dengan kewujudan pintu itu, ia membuktikan bahawa kawasan laut sekarang adalah sebuah daratan suatu ketika dahulu.


Sumpahan anak yatim mitos Ban Pecah Tanjung Piandang


Tidak cukup dengan itu, seorang penduduk kampung dikenali Ishak Cik berumur 62 tahun mempunyai pendapat berbeza. Dia sering bermain di kawasan ban pecah semasa usia remajanya mengatakan kejadian ini hanyalah satu fenomena semulajadi. Ianya berlaku kerana hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku pada awal 1960 an. Dia mengatakan setiap hari ombak besar sering melanda kawasan itu malah tanah arwah ayahnya seluas 1.61 hektar kini telah menjadi lautan. Sekarang hanya tinggal kenangan, cuma geran tanah sahaja masih tingga.


Tambatan Pesisir pantai


Setelah sekian lama, akibat hakisan yang semakin teruk, kerajaan telah mengambil tindakan dengan menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari sungai baru ke sungai burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru Tanjung Piandang Perak.


Dan kini Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Helmi Yusof berkata pantai Tanjung Piandang terutama sekitar Ban Pecah dibangunkan sebagai lokasi baru ekopelancongan di Daerah Kerian. Ia bagi meningkatkan produk pelancongan tersebut sekaligus diharap mampu meningkatkan kehadiran pelancong dari dalam negara dan luar negara ke daerah itu. Maka begitulah kisah, mungkin ianya kedengaran seperti tidak masuk akal namun ingatlah jangan makan harta anak yatim, kelak teruk padahnya bertaubatlah kepada Allah, semoga Allah mengampuni segala dosa kita yang dilakukan dalam sedar ataupun tidak.






Post a Comment

0 Comments